Menyelerakan tak gambar kuih bingka kat atas tu? Ataupun gambar kat bawah ni ..
Gambar tu amik kat blog k.yatie kat sini .
Saya suka sangat makan bingka pandan ni dan actually saya ada jugak jual di restoran saya di Restoran Citarasa. Selalunya masa orang datang sarapan pagi mesti kuih ni habis dulu.
Cerita pasal bingka ni bukan apa, tengah hujan macam ni teringat pulak kalau ada bingka n kopi panas mesti asyiikkkkk ....
Sayalah penjual bingka yang suka makan bingka hahahha... Lagipun anak sulung saya Harris bangga mamanya pandai buat bingka macam mak Mat dalam Kampung Boy ( eh betul ka nama budak tu Mat, tapi yang sorang tu nama Ana kan .. )
Pernah sekali petang hari ahad, balik dari pasar rasa teringin sangat makan bingka tapi pusing satu bandar Lahad Datu memang tak jumpa. Pernah juga makan bingka pandan di tempat kenduri dan majlis lain tapi rasanya sangat tidak memuaskan so peniaga-peniaga kuih di Lahad Datu, sila jual bingka yang sedap okay!
Kalau ikut citarasa saya, bingka kat blog K.Yatie memang sedap dan kelass dan saya berniaga pun memang guna resepi k.yatie.
Terima kasih berkongsi resepinya ya K.yatie :)

No comments:
Post a Comment